My Dear Iman Zara : Semua Ibu Bapa Mahukan Yang Terbaik Untuk Anak-Anak

Semua ibu bapa kat dunia ini nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Biar semua cukup untuk anak biarpun mak bapak ikat perut. Walau ada sesetengah kes terpinggir seperti kes Lolanopita yang sebenarnya kita pun tak yakin dan pasti apa yg terjadi, hanya Lolanopita dan Allah SWT yang tau tapi saya yakin semua ibu bapak pasti nakkan yang terbaik untuk anak-anak.

Begitu juga saya, terkadang ada  terfikir dalam tempoh Iman Zara 1 tahun 11 bulan ada beberapa proses pembelajaran yang saya perlu tekankan telah terlepas. Sebagai contoh, kajian menunjukkan pengenalan huruf kanak-kanak seawal 4-5 bulan membantu anak-anak cepat mengenal dan membaca. Saya akui terlewat beberapa bulan. Kala Iman Zara menjengah usia 7 bulan baru saya tunjukkan flash card alif ba ta. Seawal usianya 5 bulan saya hanya banyak membacakan buku cerita sirah nabi untuknya sebelum tidur. Itu pun sekali sehari waktu malam. Ada ralat di hati saya sebenarnya tapi saya berharap saya masih tidak terlambat. Alhamdulillah, walau sedikit lewat Iman Zara sudah mula kenal huruf hijaiyah dan cara membaca yang mudah seperti ma mi mu, na ni nu , a b c dan 1 2 3 walau tidak lengkap. Saya akui sedikit cemburu melihat anak lain mampu mengenal seawal 6-7 bulan. Kagum saya dengan si ibu dan bapa. Alhamdulillah. Menjadi aspirasi kepada saya.

Rata-rata kita membaca pengenalan gadget terlalu awal akan mengganggu perkembangan kanak-kanak. Di sini satu lagi kesilapan yang saya lakukan hanya kalah dengan sifat belas dan lalai. Bila Iman Zara mula berlari kesana sini, mula mengenal kawan pada ketika itulah dia mula mengenal gadget. Walau saya melarangnya acapkali, tetapi orang sekelilingnya asyik dengan gadget dan saya rasa itu adalah daya penarik yang lebih kuat. Sesekali duduk dimeja makan, terkadang tanpa sedar ibu ayah sibuk dengan handphone masing-masing. Si anak memerhati dan akhirnya akan menangis untuk mendapatkan handphone si ibu atau ayah. Yang saya rasa, Iman Zara lakukan pada awalnya untuk tarik perhatian kami untuk memberikan tumpuan kepadanya. Oleh kerana makan dikedai/restoran, banyak mata memerhati dan tak nak mengganggu suasana dengan tangisan anak kecil pastinya si ayah atau si ibu akan mengalah. 

Di sinilah semuanya bermula. Selain ada bantuan tarikan dari rakan yang lebih besar sedikit kehulur kehilir membawa gadget. Ya! Kesilapan pertama saya ialah sibuk dengan gadget ketika bersama si kecil. Kesilapan kedua pula 'taknak ganggu suasana/bising'. 2 langkah pertama kesilapan yang membuatkan saya berfikir panjang bagaimana menanganinya. Dalam hati ni rasa bersalah tak usah cakaplah sebab saya rasa sebagai ibu bapa saya tidak berjaya. Iman Zara belum pun sampai 2 tahun macam mana bila usia menjengah 12 tahun? Macam-macam saya fikir.

Baru-baru ini saya berbincang dengan Pak Incik untuk mencuba. Pertama, no handpone di depan Iman Zara. kedua, pastinya Iman Zara akan menangis, saya akan cuba kaedah pujuk peluk dan alihkan perhatian dengan aktiviti. (Flash card, block, buku bergambar, cd mengaji alif ba ta dan apa-apa sahaja). ketiga, kalau masih berterusan menangis juga, saya akan bagi juga tab yang murah jenama tenko yang diakui tidak pantas untuk paparan. Saya harap bila lama sangat untuk loading siri kegemarannya dia akan boring! Hah! Macam tak percaya, percubaan kampung saya tu mula menampakkan hasilnya. Tapi saya bersedia ruang tamu akan penuh dengan mainannya. Jangan harap dia nak sepahkan mainan di bilik, dia lebih rasa bebas di ruang tamu agaknya. Bersedia sama memasak dengannya di dapur. hahaha...Takpelah nak.. Ibu tak kisah.   

Sebelum ini, Iman Zara duduk dengan nenek sementara kami bekerja. Bercakap sehari-hari dengan atuk nenek dan sepupu. Fikir punya fikir saya masukkan Iman Zara ke Centre dengan tujuan berkawan, bermain sambil-sambil belajar. Alhamdulillah, hujung bulan ni genap 3 bulan dan mula nampak perkembangan tapi saya tak aspect hari ini anak balik dah pandai membaca esok pandai kira-kira. Setakat centre macam ni nak serah semua tanggungjawab kat teacher, melampau sangatlah kan. Tapi hantar ke centre ke apa ke memang ada risiko. Semalam ada Guru besar centre call minta maaf sebab anak kecilnya yang sebaya Iman Zara cubit bawah mata sebab geram dengan mata anak saya. Huaaaaaaa...Redholahhh asalkan tak luka. Takpelah tapi teacher kenalah pantau. Ingatkan merah biasa je sekali tengok, alahai anakkuuuuu..  Semalam bual dengan dia:

Saya : Sapa buat kakak?
IZJ : Awa (Kawan) 
Saya : Sakit tak?
IZJ : atit (sakit)
Saya : Kakak nangis ke?
IZJ : Ngish (Nangis)

Cubitan luar biasa sampai tinggalkan kesan merah

Dah pandai borak rupanya...Insyaallah, awal 2015 saya akan tukarkan Iman Zara ke AlBaghdadi. Moga-moga anak ibu berjaya dunia akhirat.

Comments