Tutorial Transfer Contact No Iphone ke Android
Assalamualaikum ..
Pagi yang indah kini sudah terang
Aku adikmu dan engkau abang..
Sekadar mukadimah suka suka sebab jenguk luar tingkap cuaca cerah, terang dan indah. Hehehe.. Hari ni macam nak cerita pasal transfer contact no. Nak rekodkan penemuan semalam, untuk rekod akan datang supaya senang saya merujuknya nanti. Macam saya peminat tegar iphone, masih belum rasa ada keperluan untuk transfer maklumat ke android. Tetapi mungkinlah kalau satu hari iphone masuk air, TERPAKSEEEE guna handphone backup nak tak nak terpaksa jugak mentransfer data ke handphone backup atau yang nak bertukar dari iphone ke android. Jadi, semalam menggodek sebab Pak Incek punya iphone sakit sementara, dan terpaksa guna android as backup, terpaksa jugak wife ni bantu.
Mari mulakan step dan sebagai peringatan posting ini adalah untuk yang tidak expert seperti saya ni. Harus diingatkam juga terdapat banyak method lain dan method dibawah adalah antara salah satunya dan paling mudah untuk saya gunakan. Sharing is caring tau! hehe
Step 1
Anda perlu aktifkan akaun icloud anda. Log in seperti biasa di desktop anda.
Step 2
Pada ruangan contact, click mana-mana contact dan tekan CTRL + A. Semua contact list anda kan terhighlight. Anda boleh highlight semua atau pilih mana-mana contact yang anda nak transfer.
Kemudian, click pada icon setting di bawah sebelah kiri. Akan muncul paparan dan pilih Export vCard. Senarai contact list (VCF File) ini akan di simpan di folder download dekstop anda.
Step 3
Email VCF file ke email anda sendiri. Kemudian buka email yang mengandungi attachment VCF file tadi menggunakan android dan download. Senarai contact anda akan terpapar di ikon contact android anda
Tadaaa siap!!
Comments
Post a Comment
Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.