Tuesday, 2 December 2014

Kimchi

Kimchi ni macam pembuka selera saya la kiranya. Selama ni nak makan asyik beli berbungkus-bungkus. Tak terfikir nak buat sendiri pun. La ni, rajin nak terai n test sikit. Kot ada yang suka bolehlah ikut resepi ni.



Bahan Utama
1 biji kobis panjang
2 biji carrot - potong sebesar batang mancis
1 biji lobak putih - potong sebesar batang mancis
1 biji besar holland onion
1 cekak kucai
2 batang daun bawang segar

Untuk Paste
1 biji pear gong (kaler coklat kulit)
2 biji apple fuji
1 biji besar holland onion
Cili flakes **
4 sudu tepung pulut
1/2 cawan sos ikan **
1 sudu gula **

Arahan 
Leraikan kobis dan potong dadu. Tapi jangan kecik-kecik sebab nanti akan mengecut. Tabur garam pada kobis dan pastikan setiap kobis digaram. Tutup dan tindih dengan benda berat untuk keluarkan airnya. Saya biarkan dalam 3-4 jam. Kemudian, cuci bersih-bersih kobis tadi dan perah macam perah kain. Gigit sikit dan kalau ada rasa masin yg kuat bilas lagi.

Sementara tunggu yang diperam tadi, potong lobak putih dan lobak merah saiz batang mancis. sama jugak dengan kucai dan daun bawang. Tapi saya tak potong pun daun bawang dan kucai saiz batang mancis tu cuma saya potong ukuran panjang batang mancis. 1 Biji bawang holland hiris-hiris halus.

Untuk paste, blend semua pear gong, apple, holland onion. Buang kulit dulu eik. Kemudian masukkan dalam periuk dan masukkan semua bahan bertanda **. Cili flake tu ikut suka korang la, kalau nak pedas, buh lebihlah. Dah kacau-kacau sebati, masukkan pulak tepung pulut. Kacau-kacau sampai sebati. Kalau rasa macam pekat, cairkan sikit tapi janganlah pekat sangat. Turn off api kalau rasa dah masak.

Part ni adalah yang best sikit sebab nak menggaul pastu fefeling macam yang selalu tengok kat tv pelakon korea tu menggaul makanan. Hahahah.. Pakai sarung tangan ye. Gaul semua bahan tadi dengan paste yang kita masak tadi. Makesure semua bahan tergaul. Korang anggarlah sendiri banyak mana nak letak sendiri paste tu. Nak selesa korang gaul dalam besen besar sebab percayalah hasilnya akan banyak tau!

Masukkan kimchi dalam tupperwere dan letakkan di tempat yang gelap dan sejuk untuk tempoh 24 jam. Kalau dah nampak macam buih-buih tu maknanya dah jadi la tu. Bolehlah masukkan dalam fridge. untuk tahan lama. Kalau korang nak lagi masam, bolehlah letak lama sikit lagi kat luar.

Selamat mencuba!!






No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998