My Dear Iman Zara : Albaghdadi Sekolah Baru Cik Zara

5 Jan 2014 Cik Zara mula sekolah di sekolah baru di Pusat Tahfiz Albaghdadi. Bukan lagi di Rehal Centre yang sekarang dah bertukar nama kepada Cahaya Anakku Iman. Sebenarnya, sebelum Cik Zara ke Rehal Centre, saya dah risik-risik sekolah baru ni. Tapi masa tu, Albaghdadi tak open lagi untuk kanak-kanak 2-3 tahun ke atas dan hanya akan mula dibuka pada 2015. Jadi sementara nak tunggu 2015 hanta Cik Zara ke Rehal Centre dahulu dalam 3 bulan. Tu pun kehadiran tak penuh bulan Disember, tak capai 15 hari pun sebab saya banyak bercuti, automatik Cik Zara pun cuti lah juga.

Dipendekkan cerita kenapa saya pilih Albaghdadi. Sebab saya suka dengan jadual dan silibus yang mereka sediakan. Albahgdadi ni banyak francais, menurut mereka satu malaysia ada. Macam kat bangi tu ada 2 yang sediakan perkhidmatan konsep Albaghdadi ni. Kalau sebelum ni, Cik Zara boleh masuk school ikut suka, pukul 8 ke, 9 ke 10 ke tapi di Albahgdadi ni strict. Paling lewat 8.30 dah kene ada di class sebab class bermula jam 8.30 pagi. Memang tiap pagi penuh drama nak mandikan Cik Iman Zara, lagi-lagi bab gosok gigi. Walaupun di Albaghdadi mereka beri kelonggaran anak yang sampai awal 7.30 pagi mereka yang akan mandikan tapi saya rasa biarlah saya mandikan anak waktu pagi.

Cik Zara bersekolah penuh dari jam 8.30 hingga 5.00 petang. Sesi pagi lebih kepada sukatan pendidikan islam dan sesi petang pulak sains, math, english dll.


1st day school, Cik Zara student pertama sampai. Perkara pertama dia nampak set memasak macam kat rumah jadi dia buat macam harta sendiri

Tiap meja ada je mainan, sangatlah gembira Cik Zara ni


Ini student yang kedua sampai. 2 beradik, si kakak 2 tahun 11 bulan tapi badan lagi halus dari Cik Zara. Si adik pulak baru je 1 tahun lebih.


Masa ni kami nak balik, tapi Cik Zara buat tak kisah pun. Salam, cium pipi dan sambung main


Day 2 bangun awal pagi

Sempat tidur dalam perjalanan ke sekolah. 

Untuk class student 2-3 tahun mereka cuma ambil 14-15 pelajar sahaja.

Ini barang-barang sekolah Cik Zara. Takde dalam gambar adalah tilam. Tilam kene sediakan jugak dan parents kene cuci sarung tilam sendiri setiap minggu. Minggu pertama sekolah Cik Zara masih minum susu botol. Start 9/1/2015 Cik Zara dah takmo minum susu langsung. Bila tanya jawapannya 'nanak'. Stress sangat. Tapi makan tak tolak dan asyik mintak makan. Bila suakan susu mula la jadi drama swasta penuh air mata
Moga-moga Cik Zara belajar dengan baik dan seronok berkawan. 

Comments

Popular Posts