Wednesday, 14 January 2015

Rashes Pada Kulit BaBy

Nappy rashes pada baby memang biasa. Kalau tukar pampers lambat mudahlah bintik-bintik merah tu tumbuh kat punggung dan kawasan sekitar. Dan yang kesian, baby gatal. Nanti mesti tergaru-garu, pastu merengek-rengek. Sebelum Cik Zara lahir lagi, saya dah review macam-macam product untuk persediaan kalau kene rashes. Alangkan kita ni yang dah tua bangka pun kalau gatal kemain menggaru, apatah lagi kalau baby. Nangis je la jawabnya. Macam-macam jenis krim kat market tapi yang penting kita kene tau isi kandungan. Nak ikutkan saya ni yang bukan pakar, bukan reti sangat apa yang tertulis pada kandungan sesuatu produk. Tapi research research dan research. Sampai naik muntah mencari. Dalam banyak-banyak tu saya pilih..


Ha..Earth Mama & Angel Baby dari bahan organik dan takde steroid. Alhamdulillah, memang sesuai dengan Cik Zara ni. Kadang-kadang baby ada allergic dengan macam-macam. Dengan pampers, dengan makanan dan macam-macam lagi lah. So far Cik Zara tak allergic dengan makanan cuma kalau tukar pampers lambat sikit, confirm merah-merah. Sapukan je dengan Earth Mama & Angel Baby bottom balm ni, akan hilang. Bukan sapu je terus hilang ye, tu dah megik sangat dah tu. Kang hilang terus kulit. Ambil masa jugak 2-3 hari. So, uols boleh cuba. Bai.

No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998