Monday, 9 February 2015

Nak Borak Tapi Tak Pandai Borak

Tengok dari jauh senyum-senyum, Pastu datang dekat dan salam. Tetiba ..

Makcik Kecoh : Anak berapa?
Saya : Sorang tu je (sambil jari tunjuk Cik Zara
Makcik Kecoh : Abu dah ada 3 orang. Anak yang tua dah darjah 5. (Dengan sengih-sengih)
Saya : Senyum kelat-kelat. Dalam hati 'wadehel?'

Dah kenapa makcik ni ntah? Tiap kali jumpa mesti nak bagitahu berapa orang dah cucu hasil kongsi anak menantunya yang sebaya saya. Bukan nak tanya khabar ke apa, itu ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Kalau setahun jumpa pat belas kali pun nak jugak cakap. 

Terserempak dengan mak saya pulak..

Makcik Kecoh : Berapa dah cucu ko?
Mak Saya : 9 orang
Makcik Kecoh : Kalah aku. Aku baru 6.

Ok! Motip nak berlumba anak cucu ke apa? Balik kampung sesekali macam kene interview. Pergh. Mulut tu kene manis senyum selalu. Semanis kurma gitu. Okla..Sejukkan hati sendiri dengan sifat makcik ni nak menayang. Mak saya cakap makcik ni nak berborak tapi tak berapa pandai nak borak.  Maafkan jelah..Hahahaha..





No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998