Thursday, 14 January 2010

Pizza Hut

13/01/2010

5.00 pm - Saya balik ( Saya sekarang sangat tak suka balik lewat macam dulu. Ntah!) Saya berargue dengan Pak Incek saya untuk makan apa. Sehari saya kebuluran tak makan. Pak Incek kononnya nak beli wing peberet dia dan saya takde selera langsung nk makan western. Saya tetap nak cari nasik. Kenapa? Ntah loya tekak semalam.

5.30 pm - After pot pet pot pet, end up kami ke Giant Kinrara dan akhirnya melantak di sana sebab saya dah tak larat nak berjalan mencari makanan lain.

5.45 pm - Keliling sangat sunyi. Ada 2 couple termasuk saya di PH. Saya dengan rasa gembiranya terus panggil waiter untuk order. Dan saya amat berharap supaya takdela kejadian tempohari terjadi lagi. Please read here. Dan paling saya gembira bila waiter kata makanan akan tersedia after 17 min setengah dan soup akan dihantar sebentar lagi.


5.55 pm - Saya ke tandas sebab dah 30 minit saya tahan shi shi. Keluar toilet saya nampak kuih peyek-peyek yang menarik hati. Saya tengok peyek tu maca dah panggil je soh saya ngap! Mungkin sebab saya LAPAR. So, saya balik semula ke PH di mana saya telah meninggalkan Pak Incek seorang diri untuk ambil purse. Saya tengok jam dah ke angka 6.10 dan air tak sampai lagi. Ok..Takpe..Then saya ambil purse, jalan melenggang ke tempat peyek.

6.15 pm - Saya masuk PH semula dengan peyek penuh kat tangan dan saya nampak bread atas meja. Saya dengan gelojoh terus buka peyek dan share dengan Pak Incek sambil baca paper. Perut saya ouh.....jam dah tunjuk 6.20pm. Saya bangun dan sapa satu waiter. 'soup saya ambil sendiri ke?'..'Takpe puan, kami serve'. Ok..Saya duduk..Sambung makan.

6.30 pm - Air saya sampai dan saya tanya 'Bread ni nak makan dengan apa?' Pak Incek terkezut pandang saya. Ouh..Saya dah merah biru. Waiter terus jerit...'Wei..! Ko tak serve soup ke?' *sigh*.  Saya buat selenga.

6.40 pm - Makanan semua sampai dan saya dengan senyum cukup manis sebab seronok mengucapkan TERIMA KASIH dan menambah 'tapi awak tak capai 17 min  macam awak claim dalam piagam pelanggan awak'. Hahahahah...Ganaskah saya? Saya mengganas ketika saya lapar kot.....

Nota : Adakah saya tak boleh makan di PIZZA HUT? Setiap kali pun ada masalah.Tak ada pelanggan pun boleh sebegitu lambat meh??? Argh!!!


No comments:

Post a Comment

Anda memang awesome. Sebab itulah anda komen entry saya.

PENAFIAN @ DISCLAIMER

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di alenewphase.blogspot.com ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada alenewphase.blogspot.com. SEKIAN.

Adalah dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998